Ramai orang hidup dalam keadaan pemikiran terhad, ataupun apa yg dipanggil “Self-Limiting Thoughts”.
Contoh: “Mustahil lah boleh dapat pendapatan RM50,000 sebulan”
Contoh: “Rezeki saya setakat ini sahaja”
Contoh: “Saya tak nak Kayalah…”
Contoh: “Bukan Rezeki sayalah buat bisnes macam ni”
Contoh: “Susahlah buat bisnes macam ni…”
Contoh: “Rezeki saya setakat makan gaji sahaja”
Macam-macamlah kata-kata yang menghadkan Potensi Diri kita. Awas, jika ada orang berfikiran macam ni, jauhkanlah diri anda dari mereka. Jika tidak mereka mungkin mempengaruhi minda anda.
Sebenarnya Keupayaan atau Potensi Diri Kita adalah tidak terbatas. Jika kita hanya makan gaji sahaja, memang anda hanya dibayar menurut had yang telah ditentukan oleh majikan anda. Bukan saya kata makan gaji tidak bagus, cuma bayaran gaji anda adalah terhad, ada limitnya.
Dulu manusia tidak boleh terbang, Wright Brothers berani mencuba..
Dulu manusia tidak pernah ke bulan, mujur ada yang mencuba ke bulan…
Di dalam bisnes spt Alpha Lipid ni, potensi pendapatan adalah TIADA HADNYA.!
Saya pelik sesetengah orang mengatakan “bukan rezeki sayalah buat bisnes macam ni”, sedangkan kita ketahui bahawa rezeki Allah swt itu AMAT LUAS,TIDAK TERBATAS, cuma kita sebagai hambanya mesti berusaha gigih dan berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNYA. Belum cuba bisnes ni anda dah katakan bukan rezeki anda, cuba fikir sebaliknya, ini mungkin peluang untuk tambah rezeki saya….ramai yg dah BERJAYA, saya pun Nak Juga!!
Silapnya ramai yang MALAS untuk berusaha gigih, takut kena cabaran seperti di’reject’ oleh rakan-rakan atau saudara mara. Kita berusaha sahaja, terpulang kepada mereka nak ke tak nak. Tugas kita hanya menyampaikan.
Dunia ini tidak sesuai untuk didiami oleh orang-orang yang malas berusaha, atau sekadar hidup untuk makan sahaja. Dunia ini sesuai didiami oleh orang-orang yang berfikiran luas, mindanya terbuka, sentiasa inginkan perubahan positif dalam hidup.
Ayuh, jangan berlengah lagi mari kita membantu lebih ramai orang menjadi SIHAT dan membantu lebih ramai orang mencapai tahap kewangan yang lebih baik.


